Jessie Ooi Nak Cipta Sejarah WANITA PERTAMA Jadi KETUA PEMUDA MCA Negeri

. Jumat, 31 Januari 2014
0 komentar

KUALA LUMPUR – Jessie Ooi berharap untuk mencipta sejarah dalam MCA dengan menjadi wanita pertama memegang jawatan Ketua Pemuda MCA negeri.

Ini adalah pertama kali, sejak penubuhannya pada 1958, dimana sayap itu membuka peluang kepada golongan wanita bawah 40 tahun selepas pindaan perlembagaan parti tersebut dilakukan.

Ooi, 34, akan berdepan pertembungan satu lawan satu dengan Chong Sin Woon (lelaki) untuk jawatan Ketua Pemuda MCA Selangor selepas pencalonan ditutup pukul 8 malam Isnin.

Ketika ditanya sama ada beliau akan menang, ahli perniagaan dan ibu kepada tiga orang anak itu berkata: ‘Saya rasa saya ada peluang.”

Dalam perkembangan berasingan, enam Ketua Wanita MCA negeri, Datuk Lee Pit Chern (Negri Sembilan), Datuk Heng Seai Kie (Perak), Datuk Lim Nget Yoon (Pahang), Datuk Lim Bee Kau (Kedah), Lee Liew Loo (Kelantan) dan Wang Kim Lian (Perlis) – mengekalkan kerusi selepas menang tanpa bertanding.
Lee, 62, yang juga Ketua Wanita Negeri Sembilan sejak 1986, merupakan ketua yang paling lama mengekalkan jawatannya.

Pencalonan untuk Wanita dan Pemuda diadakan di seluruh negara antara pukul 4 petang dan 8 malam Isnin.
Pemilihan peringkat negeri untuk sayap Pemuda dan Wanita masing-masing akan diadakan pada Sabtu dan Ahad.

Di Johor, perebutan jawatan Ketua Wanita negeri itu akan menyaksikan persaingan antara seorang peguam Wong You Fong, 42, dan Yap Swee Hua, 44.

Yap berkata beliau berhasrat untuk bertanding selepas kembali dari China dua hari lalu.

Ramai menjangkakan Wong akan menang tanpa bertanding selepas beliau dilantik pemangku Ketua Wanita negeri itu menggantikan Tan Ah Eng yang meninggal dunia baru-baru ini.

Di Selangor, Ng Siok Hwa dan Ong Chong Swen akan bersaing merebut jawatan Ketua Wanita negeri itu.
Penyandang bagi jawatan pengerusi ketika ini, Chew Lee Giok, yang baru pulih daripada serangan strok baru-baru ini akan bertanding jawatan timbalan pengerusi.

Beliau turut dicabar Lim Ah Yew dalam persaingan satu lawan satu.

Di Kuala Lumpur, Ooi Saw Choo akan dicabar Chai Yat Chiew bagi merebut jawatan Ketua Wanita negeri itu.

Bagi jawatan Pemuda, perebutan di Perak menyaksikan Ting Tai Fook akan dicabar Liew Mun Hon manakala Tan Kok Eng dan Soo Jing Wey bersaing merebut jawatan Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan.
Tan adalah anak kepada pemimpin veteran MCA, Datu Seri Tan Chai Ho.

Di Pahang, Leong Kim Soon yang juga bekas setiausaha politik kepada Datuk Seri Liow Tiong Lai, menang tanpa bertanding jawatan Ketua Pemuda negeri itu.

Jawatan Ketua Pemuda Negeri Sembilan akan menyaksikan saingan tiga penjuru di antara Leaw Kok Chan, Tan Tiong Lai dan Lee Chun Fatt.

Di Pulau Pinang, penyandang Tan Cheng Liang dicabar Ooi Siew Kim untuk jawatan Ketua Wanita negeri itu.

Sementara itu, bagi jawatan Ketua Pemuda pula bakal menyaksikan persaingan di antara dua muka baharu, Ong Tan Chuan dan Lee Beng Seng kerana penyandang Tan Hing Teik memutuskan untuk tidak mempertahankan jawatannya. – The Star
Read More..

Isteri kedua ADUN mohon cerai

. Kamis, 30 Januari 2014
0 komentar


Mastura (depan) keluar dari kamar bicara sebaik kes tuntutan cerainya disebut di Mahkamah Rendah Syariah Dungun, pagi semalam.

DUNGUN – Isteri kedua seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka memfailkan cerai ke atas suaminya semalam selepas kisah lelaki itu berkahwin dengan isteri ketiga iaitu kakak kepada ratu rock tanah air terbongkar dan disiarkan di sebuah majalah hiburan pada akhir tahun lalu.

Mastura Othman, 46, membuat permohonan itu di depan Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah di Mahkamah Rendah Syariah di sini selepas tidak lagi tinggal bersama suaminya, Mohd. Ariffin Abdullah, 60, sejak Disember 2012.

Mohd. Ariffin yang juga bapa kepada lapan orang anak dan tiga cucu itu bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah semalam menyebabkan prosiding terpaksa ditunda kepada 27 Februari ini untuk sebutan semula kes.

Isteri ketiga yang dimaksudkan Mastura ialah Saidatulnisa Aminuddin merupakan seorang pengusaha butik dan jurusolek profesional dan kakak sulung kepada Ella.(kosmo)
Read More..

Jual CD Pelatihan Memulai Usaha Kaos Flanel Anak Komplit!!

. Kamis, 09 Januari 2014
0 komentar
Persaingan Bisnis yang ketat, lowongan pekerjaan yang kurang dan Kebutuhan hidup yang semakin tinggi tentunya menuntut kita untuk memutar otak agar mencari penghasilan tambahan yang menghasilkan. Untuk MEMULAI suatu usaha kita bisa memanfaatkan potensi yang ada di RUMAH. apabila kita jeli, sebenarnya sangat banyak peluang usaha rumahan yang bisa kita tekuni untuk mendapatkan penghasilan tambahan!!

Saat ini beragam Peluang bisnis kreatif rumahan yang unik ditahun 2014 bermunculan meramaikan pasar khususnya di Indonesia, Nah, bagi kamu yang belum memiliki pekerjaan dan ingin mencari pekerjaan tambahan, kamu bisa mencoba memulai usaha kreatif dan unik yang satu ini “usaha kaos flanel anak”

Bisnis fashion terutama kaos anak belakangan ini sudah mulai marak dipasaran, banyak orang menekuni bisnis fashion, mulai dari membuat berbagai model yang terbaru atau memodifikasi kaos yang ada dengan berbagai kreativitas yang unik, salah satunya adalah dengan menambahkan ornamen kain flanel pada kaos anak polos tersebut. tentu saja ini akan menjadikan nilai tambah kaos polos yang harganya murah menjadi kaos anak yang berharga jual tinggi.

Dengan memodifikasi kaos polos anak biasa dengan aneka variasi gambar yang menarik pastinya bisnis kaos flanel anak ini akan sukses. Apalagi ditambah dengan kerapian dalam menjait nama dan gambar desain dan juga pola dari gambar tersebut mengikuti Trend Terbaru 2014 tahun ini, misalanya tahun ini trend kartun kesukaan anak-anak seperti Anggry Bird, Shoun the Sheep, Bernard bear, Thomas, Spedermen dan lainnya.

Contoh Desain Kaos Flanel Anak Terbaru 2014 :

Warna-warni dari kreasi kaos flanel dengan aneka gambar dan tulisan keren pastinya sangat disukai anak-anak ataupun balita. Dengan memanfaatkan peluang pasar tersebut, usaha kreasi kaos flanel anak ini menjadikan kaum ibu sebagai target utama dalam pemasarannya.

Seperti kita ketahui bahwa ibu-ibu gemar berbelanja, terutama menyangkut urusan baju anak, warna-warni dari kaos flanel anak ini pastinya sangat menggoda ibu2 untuk membelikannya kepada buah hatinya dan tentunya anaknya pastinya senang bukan main, bahwa kartun kesukaannya ada dibajunya :)

Berikut Analisa dari Bisnis Kaos Flanel Anak :


Woow...Luar Biasa... Untung 5juta Perbulan!!

Analisa usaha kaos flanel anak diatas sengaja ditampilkan hpp per kaos anak, artinya untuk modal awal bisa disesuaikan dengan keuangan masing2. Buat kamu yang ingin memulai bisnis ini bisa mencobanya dengan stok 1-5 lusin kaos saja.

Satu lagi keuntungan dari Bisnis Flanel ini adalah Bisnis ini memiliki Resiko Gagal atau Rugi yang sangat kecil, karena kaos yang kita jual adalah kaos pesanan, artinya begitu ada pesanan langsung kita jahit.

Jual CD Pelatihan Bisnis Kaos Flanel Anak

Nah..bagi kamu yang tertarik untuk memulai berbisnis flanel kaos anak ini bisa mendapatkan panduannya disini... Paket CD Pelatihan Usaha Kaos Flanel Anak Komplit!!

Berikut daftar isi dari paket pelatihan ini :
1. Terdapat 107 Macam Pola Gambar yang Siap Print.
2. Terdapat 13 Macam Pola Tulisan untuk Nama Anak.
3. Terdapat Katalog Gambar Kaos Siap Print dengan format file JPG.

Untuk mempermudah belajar isi Paket Pelatihan Juga dilengkapi dengan :
1. Terdapat 3 Pola gambar jadi yang sudah di print.
2. Terdapat Satu gambar Flanel jadi untuk bahan latihan menjahit.
3. Terdapat Satu Kaos Polos Anak (Warna dan ukuran sesuai stok yang ada).

Tahapan Proses Produksi Kaos Flanel Anak

1. Print atau Cetak Pola Gambar pada Kaos
2. Mengambar Pola pada Kain Flanel
3. Memotong Pola pada Kain Flanel
3. Menyusun Pola menjadi Gambar
4. Menjahit Gambar pada Kaos
5. Finishing Setrika dan Pengemasan kaos

Untuk alat promosinya bisa dengan katalog printing, kamu bisa menawarkan kaos tersebut kepada saudara atau teman-teman kamu. Atau bisa juga dengan memanfaatkan media sosial seperti facebook, twitter atau juga bisa dengan website atau blog.

Untuk info artikel yang berhubungan dengan bisnis ini, bisa lihat tulisan-tulisan saya sebelumnya dibawah ini :
Tips memulai bisnis fotocopy dan percetakan
Bisnis sampingan bagi mahasiswa dan karyawan modal kecil!
Jenis usaha rumahan dengan modal kecil
Paket Pelatihan usaha stiker label anak
Peluang usaha sablon kaos distro

Oke,, Untuk mendapatkan CD Pelatihan Usaha Kaos Flanel Anak ini cukup mudah, Caranya SMS KE : 081397645083 Ketik : BELI # Paket Usaha Kaos Flanel Anak # NAMA KAMU # ALAMAT LENGKAP KAMU, untuk harga dari paket ini cukup terjangkau, hanya Rp. 200.000,- saja. Cukup murah dan terjangkau untuk Anda yang ingin memulai usaha kaos flanel anak ini.
Read More..

Brunei memperkenalkan dasar penggunaan TVRO

. Rabu, 01 Januari 2014
0 komentar

RABU, 11 APRIL 2012



BANDAR SERI BEGAWAN - Kementerian Perhubungan dan Pihak Berkuasa Industri Teknologi Maklumat (AiTi) berhasrat memperkenalkan satu dasar bagi penggunaan sistem TVRO (atau lebih dikenali sebagai parabola) di negara ini dengan harapan menjadikan industri penyiaran di Brunei lebih teratur, kompetitif, dinamik, bertenaga (vibrant) dan terkawal serta seterusnya dapat menyumbang kepada pertumbuhan industri tempatan.

Menteri Perhubungan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Haji Abdullah Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar berkata, mengikut kajian yang dibuat, hanya Negara Brunei Darussalam mengamalkan dasar langit terbuka (open sky policy) dalam pemancarannya.

"Semua negara antarabangsa mengenakan sekatan terhadap pemancaran dan penerimaan isi kandungan rancangan TV yang disiarkan, bertujuan mengelakkan isi kandungan yang tidak diingini untuk mempengaruhi pengguna media tersebut," katanya pada majlis dialog cadangan Dasar Brunei Television Receive Olny (TVRO) di Brunei yang berlangsung di sini hari ini.

Yang Berhormat Pehin seterusnya menambah, kementerian dan AiTi juga sedang berusaha memperkembangkan majukan industri penyiaran bagi memastikan kualiti yang tinggi bagi program yang disiarkan di negara Brunei. "Ini termasuk dari segi kualiti, hiburan, informasi dan pembentukan akhlak dan dengan adanya kemajuan dan pembaikan ke arah industri penyiaran ini akan dapat menyumbang dalam pertumbuhan ekonomi negara," tegasnya.

Menurut beliau, memang tidak di nafikan pada zaman yang serba canggih ini pelbagai jenis media yang telah dihasilkan dan dengan perubahan teknologi yang pesat itu telah mengembangkan skop media dan penyiaran termasuk teknologi satelit.

Katanya lagi, mesej atau maklumat juga dapat disampaikan dan diakses dengan sekelip mata serta mudah dan terbuka tanpa mengira sempadan dan ruang angkasa.

Selain itu, peranan media, baik media cetak dan media elektronik bukan saja menyebarkan maklumat dan fakta, data dan laporan tapi membentuk pendapat dan fikiran umum termasuk mempengaruhi, mendidik dan meningkatkan tahap fikiran.

Beliau seterusnya menekankan, kesan dari media cetak dan elektronik dalam kehidupan sekarang dan dunia sejagat sangat mencabar di mana media mempunyai nilai sangat positif dalam perkembangan kehidupan manusia yang sering digunakan sebagai alat menyalurkan unsur negatif.

Selain itu, media elektronik iaitu televisyen merupakan media yang diminati semua lapisan masyarakat dari peringkat kanak-kanak, remaja, belia dan warga tua di mana televisyen memaparkan banyak perkara seperti politik, ekonomi, sosial, sukan dan hiburan.

Menurut Yang Berhormat Pehin lagi, hasil maklumat yang diperolehi daripada Kajian ICT Brunei Darussalam, sebanyak 99.6 peratus isi rumah di negara ini mempunyai set televisyen.

Katanya lagi, landskap industri penyiaran televisyen di negara Brunei masa ini dibahagikan kepada tiga iaitu saluran Free-to-Air - RTB (dengan lima saluran) dan pelancaran Terrestrial TV yang dapat di terima, saluran TV berbayar (Pay-TV) - melalui saluran Kristal Astro dan TVRO (atau parabola)".
Read More..

WOW! Anjing Polis Di Thailand Membawa Pistol Seperti Polis 3 Gambar

.
0 komentar
Anjing Polis Di Thailand Membawa Pistol Seperti Polis .
Agak pelik kenapa anjing perlu membawa pistol? Adakah mereka dilatih untuk menggunakannya?


Read More..